Skip to content Skip to footer

Unit Rondaan Menraq

Perkataan “Menraq” bermaksud “orang” dalam bahasa Orang Asli Jahai.

Bersama Perbadanan Taman Negeri Perak (PSPC), Rimau telah menubuhkan dan mengaktifkan sebuah unit rondaan perlindungan hidupan liar berasaskan komuniti bernama Menraq. Unit ini merupakan peronda hidupan liar khusus yang terdiri sepenuhnya daripada masyarakat Jahai tempatan.

Pemuliharaan Berasaskan Komuniti

Penciptaan Menraq adalah untuk memupuk rasa pemilikan dalam pemuliharaan hidupan liar di kalangan orang Jahai tempatan yang menetap di Taman Negeri Royal Belum. Projek rondaan komuniti ini bukan sahaja akan meningkatkan kesedaran mereka mengenai nasib harimau Malaya dan habitatnya, tetapi juga memberi mata pencarian alternatif kepada anggota dan kampung mereka secara keseluruhan.

Sokongan Komuniti Penting bagi Usaha Pemuliharaan yang Berjaya dalam Jangka Panjang

Financial Contributions

For each day a Menraq member goes patrolling, RM 10 will be given to their village’s community fund. Help us make a difference in their lives and save tigers.

RM
Personal Info

Donation Total: RM10.00