Skip to content Skip to footer

Kenali Kami

Rimau adalah sebuah NGO yang ditubuhkan oleh sekumpulan rakyat yang berdedikasi untuk menyelamatkan harimau Malaya dan habitatnya.

Lara Ariffin

Presiden

Kita telah kehilangan penyu Belimbing dan badak sumbu Sumatra dalam generasi saya – kita tidak boleh kehilangan harimau Malaya juga.

David Mizan Hashim

Timbalan Presiden

Simbol harimau terpapar di seluruh Malaysia – dari Jata Negara ke logo syarikat-syarikat komersial – apakah ertinya simbol ini sekiranya ia pupus di Malaysia?

Ai Mee Lee

Setiausaha

Dengan menyelamatkan harimau, kita turut menyelamatkan segala spesies di bawah payung ekologinya.

Kita haruslah melindungi keajaiban alam dan habitat mereka ini supaya generasi akan datang dapat menghayati kehebatnya. Menyelamatkan hutan juga beerti menyelamatkan air bersih dan udara disamping mengelakkan banjir dan kemarau

Amira Afendi

Timbalan Setiausaha

“Ianya merupakan perkara-perkara yang kecil yang membawa perubahan ”
– Wangari Maathai

Harun Rahman

Jawatankuasa

Merakam harimau di hutan belantara merupakan antara kegembiraan saya – kita perlu memastikan harimau kekal hidup untuk selama-lamanya.

Susanne Hashim

Jawatankuasa

Apa yang harimau Malaya perlukan sekarang adalah perlindungan dari pemburu haram – dengan sumbangan anda, kita dapat merekrut lebih banyak pasukan peronda di hutan untuk memastikan keselamatan haiwan yang mengagumkan ini.

Emina Ashman

Jawatankuasa

Harimau merupakan “permata” di hutan kita, melambangkan semangat, keberanian, keghairahan dan kekuatan dicelahan pepohon. Mari pelajari sesuatu daripada mereka sebelum kehilangan “harta” yang sangat berharga ini

Sertai Kami

Jadi seorang sukarelawan dan menyelamatkan harimau